Peluang Buat Duit Dengan Copytrade

apa itu copytrade cara buat duit dengan copytrade

Nak cari peluang menambah pendapatan online?
Nak cari platform yang betul betul TRUSTED?
Dah penat kena scam dengan program program labu peram pak man telo?

Memperkenalkan
COPYTRADE
Cara paling MUDAH dan paling REAL paling TRUSTED untuk buat duit secara online.

COPYTRADE bukanlah nama platform atau program investment merapu meraban. Ianya adalah kaedah dimana anda boleh menjana pendapatan melaluinya. Yang paling penting, ianya adalah kaedah yang REAL untuk buat duit di internet.

Apa itu COPYTRADE?


Sebelum saya menceritakan tentang COPYTRADE, terlebih dahulu anda perlu tahu apa itu TRADE, lebih tepat FOREX TRADE.

Hampir semua orang tahu bahawa forex adalah satu cara yang membolehkan seseorang itu menjana keuntungan dari trade yang dilakukan.

Walaubagaimanapun, tidak ramai yang tahu cara untuk memulakan trade, cara untuk trade, tidak kurang juga ramai yang takut untuk trade kerana stigma negatif tentang forex yang kononnya forex trade ini membuatkan ramai orang rugi.

Sebetulnya ramai forex trader yang berjaya menghasilkan keuntungan sehingga berpuluh ribu malah ratusan ribu, tetapi mereka memilih untuk menjadi 'silent trader'. Ya. Dalam forex trade, anda tidak perlu tayang wang dalam akaun bank anda berkepuk heboh sana heboh sini dengan kehidupan mewah untuk mengajak orang invest.
Forex Trade bukan MLM!!

Untuk buat duit dalam forex dan menjadi trader yang berjaya menjana profit secara konsisten, seseorang itu perlu memiliki ilmu trading yang benar benar cukup, bukan sekadar trade. Jika sekadar trade, seseorang itu bukan mendapat profit sebaliknya lost. Maka jangan hairan jika ada trader yang sudah bertahun dalam forex, masih belajar cara trade yang betul.

Sekarang kita tahu bahawa dalam Forex boleh buat duit, TAPI KENA ADA ILMU YANG CUKUP.
Nak dapatkan ilmu dia pula memerlukan pengorbanan masa dan wang.
Disinilah ramai yang TIDAK SANGGUP.
Yang ramai sanggup adalah
NAK UNTUNG BANYAK DALAM SEKELIP MATA
TAK MAHU USAHA.
Sebab tu ramai yang kena SCAMMED dengan program program investment merapu meraban.
Waktu dibayar seronok, dah kena sontot, meroyan salahkan semua orang. Salah sendiri tak sedar.

Berbalik kepada topik, disebabkan ramai yang gagal menjana untung di dalam forex disebabkan TAK TAHU CARA UNTUK BERMULA
TAK TAHU CARA UNTUK TRADE
Maka wujudlah COPYTRADE.

Apa itu COPYTRADE?


Jika diterjemahkan, COPYTRADE adalah dari 2 suku kata, COPY dan TRADE.
Jadi COPYTRADE adalah meniru atau menyalin semula segala 'entry' yang dibuat oleh trader untuk mendapatkan profit.

apa itu copytrade cara buat duit dengan copytrade


Copytrader tidak perlu melakukan apa apa analisis market, tidak perlu hadap chart, TIDAK PERLU BUANG DUIT BELAJAR TRADE, TIDAK PERLU PENAT PENAT BELAJAR TRADE. MALAH TAK PERLU TAHU APA APA TENTANG FOREX.
Ini kerana semua telah dilakukan oleh trader.
Trader jana profit, copytrader jana profit.
Trader lost, copytrader juga ikut lost.

Eh.. Macam sama je bunyi nya copytrade ni dengan program investment labu peram...
Nak untung tapi tak mahu usaha.

Betul, dengan copytrade, seseorang tak perlu usaha untuk jana profit sama macam program investment labu peram merapu meraban. Hanya perlukan modal... 
BEZANYA ADALAH...... 
  • COPYTRADE adalah platform yang jelas untuk jana keuntungan. Bank bank pun buat untung melalui trading forex.
  • COPYTRADE ada masa profit, ada masa lost... Tak memanjang profit. Sebab adat berniaga, ada masa untung ada masa rugi.
  • COPYTRADE boleh pantau progress trading yang dijalankan oleh trader secara real-time di MT4 atau MT5, tak ada sekadar tayang % semata.
  • COPYTRADE tak ada kepastian keuntungan berapa berapa selepas tempoh tertentu.
  • COPYTRADE tak ada tempoh tempoh matang. Nak keluarkan modal, silakan bila bila masa, tak ada lock lock.
  • COPYTRADE pembayaran direct kepada broker atau admin yang dilantik oleh broker, tak ada melalui orang tengah.
  • Kadar tukaran wang RM mengikut kadar tukaran semasa, tak ditetapkan sesuka hati.
  • COPYTRADE mendapat kelulusan dari BNM dan juga suruhanjaya antarabangsa.

Perbezaan jelas antara COPYTRADE dengan program investment labu peram merapu meraban adalah
COPYTRADE ada untung rugi.
Mendapat kelulusan dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Jadi COPYTRADE adalah untuk mereka yang... 
INGIN MENCARI PLATFORM MENJANA PENDAPATAN ONLINE YANG MUDAH TETAPI REAL DAN FAHAM TENTANG RISIKO DALAM PERNIAGAAN.

Bagaimana Buat Duit Dengan Copytrade


Untuk melakukan COPYTRADE dan seterusnya menjana pendapatan daripadanya, anda perlu memiliki akaun trade terlebih dahulu, membuat pembayaran kepada broker, setting akaun dan.... Done. Seterusnya pantau progress akaun trading anda yang meniru setup dari trader yang menjalankan trade.
BIRU = PROFIT
MERAH = LOST

Cara Mengecilkan Risiko Dan Mengurangkan Kerugian Dalam Copytrade


Di dalam COPYTRADE, walaupun anda tidak perlu tahu langsung tentang cara cara untuk trade, tetap ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan fahami untuk :
1. Mengurangkan risiko kerugian
2. Untuk memgetahui apa yang sedang berlaku pada akaun trade anda.

Di dalam COPYTRADE, besar kecil modal memainkan peranan. Modal yang kecil, mempunyai risiko yang lebih besar untuk lost berbanding modal yang besar. Ini kerana, modal yang kecil, mempunyai ketahanan yang kurang untuk menampung kerugian semasa sewaktu trading berjalan berbanding modal yang besar.

Secara umum, di bawah adalah simulasi perbandingan ketahanan risiko antara modal besar dan modal kecil yang berlaku sewaktu trading berjalan.

Pada 1 disember, Abu melakukan COPYTRADE dengan modal USD200.
Minggu pertama COPYTRADE berjalan, Abu berjaya mendapat profit sebanyak 20% iaitu USD40. Bermakna total baki dalam akaun Abu menjadi USD240.
Pada minggu kedua, market sedikit gila, COPYTRADE lost sebanyak 70%. Baki akaun Abu pada minggu kedua susut menjadi USD72.
Pada minggu ketiga, sewaktu trading berjalan, modal Abu sempat susut 80% (floating lost) menjadi USD14.40 sebelum mencatat profit 60% menjadi USD115.20.
Pada minggu keempat, Abu masih mampu follow COPYTRADE dengan modal USD115.20.
Pada minggu minggu seterusnya, mencatat profit secara berterusan dan baki Abu melebihi USD200. 

Berbanding dengan Ahmad yang bermula dengan modal USD100. Dengan simulasi yang sama.
Minggu pertama profit 20%
Minggu kedua lost 70%
Minggu ketiga floating (kerugian semasa) 80% sebelum profit 60%
Apa yang berlaku pada akaun Ahmad. 
Minggu pertama menjadi USD120
Minggu kedua menjadi USD36
Pada minggu ketiga sewaktu trading berjalan, baki akaun Ahmad tidak dapat menampung floating (kerugian semasa) 80% mengakibatkan akaun Ahmad tidak dapat meneruskan COPYTRADE dan lost dengan baki USD7.20

Simulasi di atas itulah yang dimaksudkan dengan ketahanan modal menahan risiko sewaktu trading berjalan.

apa itu copytrade cara buat duit dengan copytrade

apa itu copytrade cara buat duit dengan copytrade

Walaupun sebagai COPYTRADER anda tidak perlu tahu tentang trading, tidak perlu membuat analisa, tetapi tetap tidak terlepas dari RISIKO KERUGIAN.
Kerana forex trading adalah perniagaan jual beli mata wang. Ada kala untung ada kala rugi.
Jika untung setiap waktu, itu bukan perniagaan, itu SKIM PONZI.

Potensi Keuntungan COPYTRADE


Didalam forex trade, juga COPYTRADE, tiada kepastian dan tiada jaminan. Tiada siapa yang tahu bila akan profit, bila akan lost. Bagaimanapun, setiap trader semestinya mencuba untuk mendapatkan profit dan mengurangkan risiko lost.
Cuba perhatikan performance beberapa Fund Manager di bawah. Ada yang berjaya mencatat profit yang tinggi, ada yang rendah, dalam tempoh waktu yang juga berbeza, ada yang berjaya mencapai keuntungan dalam tempoh yang singkat, ada yang lama.


FM1
Telah berada dalam carta trading dan menjadi Fund Manager selama 641 hari.
Mencatat profit keseluruhan sebanyak 919.30%.
Tahap risiko semasa adalah 3 dari 10, kategori Low Risk.
Untuk Jan ~ Okt 2020, mencatat profit 140.5% dan lost sebanyak 13.7%. Profit tertinggi pada Mac 2020 dengan 78.3%.
Mengalami lost pada bulan Jun, Jul dan Aug
Komisyen trade 15%.


FM2
Telah berada dalam carta trading dan menjadi Fund Manager selama 457 hari.
Mencatat profit keseluruhan sebanyak 242.20%.
Tahap risiko semasa adalah 6 dari 10, kategori Medium Risk.
Untuk Jan ~ Okt 2020, FM2 memcatat kerugian sebanyak 32.1% dan profit hanya 20.7%.
Pada bulan Jan 2020 mencatat kerugian tertinggi 27.1%
Komisyen Trade 20%


FM3
Telah berada dalam carta trading dan menjadi Fund Manager selama 380 hari.
Mencatat profit keseluruhan sebanyak 230.76%.
Tahap risiko semasa adalah 6 dari 10, kategori Medium Risk.
Untuk Jan ~ Okt 2020, mencatat profit 8.3%. Profit tertinggi pada Jan 2020 dengan 4.3%.
Komisyen Trade 15%


FM4
Telah berada dalam carta trading dan menjadi Fund Manager selama 312 hari.
Mencatat profit keseluruhan sebanyak 15.60%.
Tahap risiko semasa adalah 2 dari 10, kategori Low Risk.
Untuk Jan ~ Okt 2020, mencatat profit 6.2% dan lost sebanyak 7.5%.
Mengalami lost pada bulan Mac, Jul dan Sept.
Komisyen trade 30%


FM5
Telah berada dalam carta trading dan menjadi Fund Manager selama 78 hari.
Mencatat profit keseluruhan sebanyak 45.66%.
Tahap risiko semasa adalah 4 dari 10, kategori Medium Risk.
Komisyen trade 20%.

Dari performance beberapa Fund Manager di atas, dapat disimpulkan bahawa dalam COPYTRADE :
1. Tiada kepastian dan jaminan tentang berapa profit, berapa lost. Tetapi objektif adalah menjana profit dan mengecilkan risiko kerugian.
2. Setiap bulan, akan ada profit, akan ada lost. Sedikit atau banyak profit/lost pada bulan tersebut, tiada siapa yang tahu. (TAK ADA JAMINAN PROFIT SETIAP BULAN, MELAINKAN SKIM)
3. Tiada istilah hari ini invest, esok, minggu depan atau bulan depan akan untung 100%. Walau kebarangkaliannya ada.
HIGH RETURN HIGH RISK!

Awas Penipuan Mengatasnamakan
Forex Trade Dan Copytrade

Forex adalah medium yang REAL untuk menjana keuntungan. Tetapi ada pihak pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memgambil kesempatan ke atas orang ramai yang tidak tahu menahu selok belok Forex Trade dengan mencipta skim pelaburan mengatasnamakan Forex dengan menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal. Contohnya.. Skim pelaburan Wadiah Trading yang pernah wujud sekitar 5 tahun yang lalu.. 


Ingat! Forex tidak pernah ada kepastian dalam soal keuntungan. Juga tidak menjanjikan profit setiap waktu tanpa mengalami sebarang kerugian seperti Wadiah Trading.

Forex atau copytrade yang sebenar membolehkan anda melihat dan pantau sendiri progress modal anda samaada dalam keadaan profit atau rugi melalui software MetaTrader.

Forex yang sebenar juga memerlukan anda membuat transaksi pembayaran direct kepada broker atau pihak yang telah dilantik oleh broker secara sah untuk mengurus transaksi deposit dan withdraw anda.

Adakah kami menawarkan anda peluang menjana pendapatan dari COPYTRADE dari platform Forex sebenar?
Ya. Kami menawarkan anda peluang COPYTRADE yang menggunakan broker LiteFinance (International dikenali sebagai LiteForex) yang beroperasi di Cyprus dan telah bertapak di Malaysia sejak 2005


Copytrade Under Broker Litefinance

Copytrade yang kami tawarkan kepada anda adalah copytrade yang menggunakan broker LiteFinance. Broker yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2005.


Untuk Social Trading LiteFinance, ianya di daftarkan dengan nama Liteforex Investment Limited yang didaftarkan di Marshall Island (63888) yang di kawalselia dibawah peraturan Marshall Islands Business Corporation.


Manakala untuk Market Maker (Dealing Desk) LiteFinance didaftarkan dengan nama LiteForex (Europe) Limited di bawah Cyprus Investment Firm (CIF) dengan no pendaftaran HE230122 dan dikawalselia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) dengan nombor lesen 093/08.
 

Selain Malaysia, LiteForex juga beroperasi di beberapa buah negara lain... 








Mengapa LiteFinance?


Broker LiteFinance memperuntukkan pengeluaran sebanyak RM1,000,000.00 (RM1 Juta) SEHARI, hanya untuk Malaysia. Jadi tiada masalah kelewatan pembayaran withdrawal.



Sekarang anda sudah faham apa itu COPYTRADE dan dan platform yang kami gunakan.
Jadi siapa yang layak mengikuti COPYTRADE?
Anda layak mengikuti COPYTRADE jika anda :

1. Ingin mencari sumber pendapatan tanpa mahu bersusah payah.
2. Ingin mencari platform yang 100% TRUSTED untuk menambah pendapatan.
Bukan skim ponzi merapu meraban.
3. Faham tentang risiko dalam perniagaan dan bersedia berhadapan dengan kerugian (sekiranya berlaku). 
4. Mereka yang tidak tamak dan rakus. Dalam forex memang menjanjikan pendapatan yang lumayan tetapi bukan bermaksud hari ini invest, bulan depan dah kaya!
5. Bukan jenis cepat meroyan!
6. Mempunyai tingkat kesabaran yang tinggi.
7. Seorang yang cool dan tenang.


Jadi, jika anda memenuhi 7 kategori di atas, anda layak untuk follow COPYTRADE bersama kami di LiteFinance. Jika tiada, sila cari skim skim PONZI yang banyak di luar sana yang hanya cerita untung semata. Ingat... Tidak ada perniagaan yang tidak pernah rugi.... sekalipun jual belacan depan rumah!

Cara Untuk Follow Copytrade Litefinance


Sekiranya anda ingin mencuba peluang menambah pendapatan di dalam COPYTRADE ini, sila isi borang dibawah untuk kami review Fund Manager yang sesuai untuk anda, dan tunggu kami hubungi anda untuk kami setup akaun COPYTRADE anda.